suria

Pertemuan Rajnikanth Dengan PM Diatur

KUALA LUMPUR: Pasukan pengambaran bintang filem India, Rajnikanth telah membuat permintaan untuk mengadakan pertemuan antara pelakon itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mereka juga berharap pertemuan itu dapat diadakan selepas sambutan perayaan Deepavali pada minggu depan.

Menurut Pengarah Urusan Malik Streams Corporation, Abdul Malik Dasthigeer, syarikat itu telah menghantar permohonan mereka dan berharap akan mendapat surat balas secepat mungkin.

"Apabila perdana menteri mengesahkan tarikh pertemuan, kami akan menangguhkan pengambaran buat sementara waktu.

"Mereka berdua iaitu Rajnikanth dan perdana menteri ingin bersua. Kami berharap ianya akan berlaku," kata Abdul Malik kepada pemberita pada Isnin.

Rajnikanth akan berada di Malaysia sehingga 21 November selepas tiba pada 26 Oktober lalu bagi pengambaran filem 'Kabali'.

Kabali, India

Artikel Lain