suria

Nazir Razak Padam Posting Tajuk Berita Tidak Tepat Di Instagram

Datuk Seri Nazir Razak
PETALING JAYA: Datuk Seri Nazir Razak telah memadam posting di Instagram yang dibuat berdasarkan tajuk berita tidak tepat mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disiarkan oleh The Malaysian Insider, selepas portal berita itu meminda tajuk asalnya.

"Ambil perhatian bahawa saya telah mengeluarkan posting sebelumnya kerana TMI (The Malaysian Insider) telah membetulkan artikelnya tentang apa yang dikatakan oleh CEO 1MDB," menurut Nazir dalam posting Instagramnya, Ahad.

The Malaysian Insider pada mulanya menulis tajuk utama mereka sebagai 'RM5 billion Goldman Sachs fees over five years, says 1MDB boss' sebelum menukar tajuknya kepada "RM5 billion costs for debts over 5 years, says 1MDB boss'.  

"Jadi, ia bukan pendedahan jumlah bayaran yang dibayar kepada GS (Goldman Sachs) seperti yang dijangka - rasanya kita masih perlu menunggu laporan PAC/AG," kata Nazir.

Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberikan taklimat terperinci mengenai 1MDB pada Majlis Penerangan Perdana di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Sabtu.

Dalam satu kenyataan, 1MDB berkata taklimat itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan mendapat liputan daripada pelbagai organisasi media termasuk media alternatif.

Walau bagaimanapun, 1MDB berkata tajuk tidak tepat oleh The Malaysian Insider itu didapati telah tersebar secara meluas dan salah apabila ia mula-mula muncul dalam posting Instagram Datuk Seri Nazir Razak.

Artikel Lain