suria

Kes Bunuh Tapah: Suspek Direman Seminggu Lagi

Keadaan rumah yang turut menempatkan bengkel di mana empat kejadian bunuh disyaki berlaku.

TAPAH: Polis mendapat perintah tahanan reman baharu untuk tempoh tujuh hari ke atas empat sekeluarga yang disyaki terlibat dalam empat kes bunuh di sini.

Jurucakap polis berkata, suspek akan direman sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan kehilangan operator bas pelancong, V. Gunawaty sejak Mac 2014.

Ia adalah reman ke tiga sejak keempat suspek terlibat iaitu mekanik berusia 57 tahun, isterinya yang berusia 54 tahun dan anak lelaki mereka yang berusia 17 dan 20 tahun sejak ditahan pada 26 Oktober di rumah mereka yang juga bengkel di Jalan Pahang di sini di mana pembunuhan itu didakwa berlaku.

Suspek empat sekeluarga itu sebelum ini direman 25 hari bagi membantu siasatan berkaitan dua mangsa, Jasbeer Singh dan Ng Chor Kee, ejen alat ganti yang dilaporkan hilang pada Jun 2014.

Dilaporkan kehilangan Jasbeer yang juga ejen tahan pada Ogos telah membawa kepada rumah usang suspek.

Keempat-empat mangsa dipercayai dipukul hingga mati dan mayat mereka dibakar sebelum abu dibuang ke sungai di belakang rumah suspek.

Setakat ini, polis belum mengesahkan identiti mangsa walaupun ahli keluarga keempat-empat individu yang hilang itu telah tampil memaklumkan kemungkinan mereka dibunuh.

Seorang lagi yang dilaporkan hilang adalah konduktor bas, Ng Ah Leng @ Mohan yang kali terakhir dilihat keluarganya pada akhir 2012.

Tapah, bengkel, V Gunawaty

Artikel Lain