suria

Kad Perjalanan Perniagaan Untuk Komuniti Asean - Najib

Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan beberapa langkah untuk dilaksanakan sebaik sahaja Komuniti Asean dilancarkan.

Sebagai permulaan, Najib berkata kad perjalanan perniagaan Asean boleh dilaksanakan.

"Di lapangan terbang, di mana ada laluan Asean, ia adalah satu perasaan anda miliki sebagai anggota Asean. 

"Jika Apec boleh melakukannya mengapa tidak Asean," katanya pada Sidang Kemuncak Pelaburan dan Perniagaan Asean di sini, Jumaat.

Perdana Menteri berkata beberapa langkah boleh dilakukan, berupaya memacu perjalanan Asean sebagai sebuah komuniti.

"Ia akan mengambil masa dan generasi tetapi kita perlu bermula dari sekarang," kata Najib.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Artikel Sebelum

Artikel Lain