Beliau berkata sehingga kini, pihaknya belum menerima pengesahan secara rasmi daripada PAS berhubung perkara itu.
"Saya perlu tunggu surat ataupun dokumen secara rasmi untuk saya menjalankan tugas seterusnya. Selagi tak terima saya tidak akan ambil apa-apa tindakan.
"Kalau surat rasmi sampai di pejabat, maka seterusnya saya akan uruskan seperti apa yang termaktub dalam peraturan mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang," katanya ketika ditemui di bangunan DUN di sini, Jumaat.
Ditanya sama ada pihaknya akan mengadakan sidang DUN tergempar selepas menerima surat rasmi daripada PAS, Law berkata perkara itu tidak perlu kerana ia tidak melibatkan panggilan sidang DUN sebaliknya hanya susunan tempat duduk di dalam DUN.