suria

Kongres PKR: Wanita Perlukan Dasar Lebih Progresif

Zuraida Kamarudin
PETALING JAYA: Negara memerlukan dasar yang lebih progresif untuk wanita sekiranya Malaysia ingin mencapai Wawasan 2020, kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin.

"Terdapat terlalu banyak skandal sedang berlaku dan ini menolak kita ke belakang sebagai sebuah negara.

"Oleh itu, terpulang kepada kita untuk melawannya. Terpulang kepada kita untuk meletakkan agenda wanita dalam negara," katanya.

Zuraida menambah, penting untuk setiap anggota masyarakat bekerja keras demi kemajuan negara dan wanita di negara ini.

Bercakap pada majlis perasmian Kongres PKR di Dewan Sivik MBPJ di sini, Zuraida berkata, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali telah bekerja keras dalam memastikan kemajuan wanita di negara ini.

"Saya bersyukur dalam peruntukan bajet bagi negeri ini baru-baru ini , beliau memperuntukkan 48 peratus daripada bajet untuk pembangunan dan pengurusan hal ehwal wanita," kata Zuraida.

Katanya, beliau berharap Selangor dapat dijadikan model untuk negara.

"Dengan itu kami juga mengharapkan dasar yang lebih progresif untuk kami ," katanya.

Sementara itu, Azmin berkata, perjuangan untuk kesaksamaan wanita adalah perjuangan untuk semua.

"Wanita tidak boleh dibiarkan untuk berjuang bersendirian. Perjuangan mereka adalah perjuangan kita juga," kata Azmin.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Kongres PKR.

"Ini adalah negara kita dan kita tidak boleh membiarkan orang lain menentukan nasib kita. Saya yakin bahawa Wanita dan Angkatan Muda Keadilan boleh mencapai aspirasi orang ramai," kata Azmin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain