suria

Pemandu Teksi Pulau Pinang Akhirnya Pilih Tambang Bermeter

GEORGE TOWN: Pulau Pinang perkenalkan tambang teksi bermeter.

Seramai 660 pemandu teksi yang berdaftar dengan aplikasi MyTeksi akan mengenakan tambang mengikut kadar yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Lebih kurang sedekad pemandu teksi di Pulau Pinang enggan untuk menggunakan tambang bermeter dengan mendakwa tambang tersebut terlalu rendah dan susah untuk cari makan.

Ahli Exco Negeri Pulau Pinang Chow Kon Yeow melancarkan tambang teksi bermeter itu di 1st Avenue Mall di sini pada Selasa.

Sepuluh pemandu teksi telah dipilih sebagai pemandu terbaik oleh penumpang daripada aplikasi MyTeksi menerima sijil dari Pengurus MyTeksi bandar Pulau Pinang Loh Ji Yuan.

MyTeksi

Artikel Berikut

Artikel Lain