suria

Bonus Kakitangan Kerajaan, Pesara Dibuat Minggu Pertama 2016

PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan mengarahkan semua kementerian supaya membuat pembayaran bagi pemberian khas sebanyak RM500 kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam pada minggu pertama tahun depan.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata pembayaran pada minggu tersebut diharap dapat membantu ibu bapa menyediakan barangan dan bayaran persekolahan anak-anak.

Pada masa yang sama, 700,000 pesara kerajaan juga akan menerima bayaran khas RM250.

"Saya dapati kementerian-kementerian masih lagi boleh berbelanja. Jadi, saya telah maklumkan kepada mereka supaya menyiapkan bayaran gaji tahun ini dan bayaran khas seperti yang diumumkan dalam Bajet 2016," katanya kepada media di program #MyUberPitch di sini hari ini.

Ketika membentangkan Bajet 2016 bertemakan 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat' di Dewan Rakyat pada 23 Oktober, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kedua-dua bayaran tersebut berjumlah hampir RM1 bilion akan dibuat pada bulan Januari 2016.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain