suria

Anggota Abu Sayyaf Saddam Dikait Kes Bunuh

Saddam Jailani.

KOTA KINABALU: Anggota kumpulan militan Abu Sayyaf, Saddam Jailani yang ditangkap dipercayai di sebalik pembunuhan warga Taiwan, Lim Min Hsu semasa penculikan di Pom Pom Resort di Semporna pada 2013.

Saddan yang disifatkan sebagai seorang anggota kumpulan yang agresif dilaporkan terlibat dalam kumpulan penculik rentas sempadan yang melibat sekurang-kurangnya tujuh kes culik di pantai timur Sabah sejak November 2013.

Dia dikenali bekerjasama rapat dengan sub-komander yang sekutu dengan militan Abu Sayyaf, Alhabsy Misaya bagi menjalankan penculikan untuk mendapatkan tebusan di selatan Filipina dan Sabah.

Pakar risikan Filipina mengesyaki Saddam bekerjasama dengan Muktadil bersaudara pada 15 November 203 dalam satu serangan berani di mana mereka membunuh Lim berusia 57 tahun dan isterinya, Chang Ah Wei, 58, yang diculik di resort mewah itu.

Saddam juga merupakan suspek yang terlibat dalam serangan bersenjata dan penculikan pelancong warga China, Gao Huayun, 29, dan pekerja resort warga Filipina, Marcy Darawan, 40 dari Singamata Reef Resort pada April 2014.

Saddam ditahan oleh pasukan keselamatan Filipina pada bulan lalu kerana disyaki terlibat dengan kumpulan Abu Sayyaf yang memenggal kepala warga Malaysia, Bernad Then, 39, pada 17 November lalu.

Penyiasat Filipina sedang menyiasat kaitan Saddam dengan penglibatan dalam kes penggal kepada itu walaupun mereka mengesyaki dia lebih terlibat dalam serangan rentas sempadan di pantai timur Sabah.

Mereka percaya penahanan Saddam dengan Kadafi, salah seorang adik-beradik Muktadil dapat membantu melemah salah satu kumpulan penculik rentas sempadan yang paling dikehendaki di Malaysia dan dikaitkan dengan militan Abu Sayyaf.

Kadafi (saudara kembarnya, Mindas ditembak mati di Jolo pada Mei tahun ini) kini dalam tahanan polis Filipina.

Dia ditahan di hospital Jolo selepas mengalami kecederaan akibat kemalangan pada 27 November lalu.

Pihak berkuasa Filipina terus memburu dua lagi Muktadil bersaudara iaitu Nikson dan Badon@Adzmil.

Saddam sedang disiasat atas dakwaan membunuh manakala Kadafi dalam siasatan kerana memiliki senjata api secara haram.

Polis Malaysia menggunakan saluran diplomatik bagi mendapatkan kebenaran untuk menyiasat kedua-dua suspek berhubung jenayah yang dilakukan di Sabah.



Saddam Jailani, Abu Sayyaf

Artikel Berikut

E-Shisha Jadi Trend Di Sekolah

Artikel Lain