Bertempat di Kelab Sultan Sulaiman, kehadiran timbalan presiden Umno itu disambut bagaikan wira dengan laungan 'Hidup Umno' dan 'Hidup Tan Sri'.
Hadir sama dalam majlis yang penuh sesak itu ialah bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Pada majlis yang diadakan sehari sebelum Perhimpunan Agung Umno 2015 membuka tirai pada Selasa, Muhyiddin diberi peluang untuk menyampaikan 'amanat' kepada tetamu yang hadir.
Pada Perhimpunan Agung Umno kali ini, Muhyiddin tidak dibenarkan berucap dihadapan perwakilan seperti kebiasaannya.