suria

"Boeing Tidak Dituntut Dipulangkan Kepada Pemiliknya" - Air Atlanta Icelandic

PETALING JAYA: Air Atlanta Icelandic menegaskan mereka 'tiada kaitan' dengan tiga pesawat yang tidak dituntut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Malah menurut syarikat penerbangan itu, pesawat berkenaan telah dibatalkan nombor pendaftarannya dan dikembalikan kepada pemiliknya.

Naib Presiden Kanan Jualan dan Pemasaran Air Atlanta Icelandic, Baldvin M.Hermannson memberitahu The Star dalam satu e-mel bahawa tiga pesawat tersebut bukan milik syarikat penerbangan itu tetapi dikembalikan kepada pemiliknya pada 2010.

"Pesawat tersebut yang menggunakan nombor pendaftaran TF-ARM, TF-ARN, TF-ARH, yang diletakkan di Malaysia, dikendalikan oleh Air Atlanta Iceland sehingga 2010 apabila ia dikembalikan kepada pemiliknya.

"Air Atlanta Icelandic tidak mengetahui siapa pemilik pesawat itu pada hari ini dan tiada kena-mengena dengan pesawat tersebut," kata Hermannsson.

Hemannsson tidak mendedahkan siapa pemilik pesawat tersebut pada 2010.

Katanya, ketiga-tiga pesawat itu dibatalkan pendaftarannya daripada Pejabat Pendaftar Jabatan Penerbangan Awam Icelandic.

Pesawat tersebut dengan nombor pendaftaran TF-ARM dan TF-ARN dibatalkan pendaftarannya pada 3 Januari 2012 manakala TF-ARH pada 9 Jun 2011.

"Tiada siapapun yang memadamkan nombor pendaftaran itu sejak itu," kata Hermannsson.

Situasi itu menyebabkan Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd terpaksa mengeluarkan notis di akhbar, menggesa pemilik ketiga-tiga pesawat berkenaan tampil dan mengambil pesawat itu yang telah lama ditinggalkan.

MAHB dalam satu kenyataan pada Selasa berkata tindakan mengeluarkan notis tersebut mematuhi semua prosedur industri dalam mengendalikan tiga pesawat yang tersadai di KLIA.

"Jika pemilik berkenaan tidak memberi respons dalam masa 14 hari, MAHB perlu memutuskan sama ada melupuskan pesawat berkenaan untuk mewujudkan lebih banyak ruang bagi kegiatan komersial di lapangan terbang ini," katanya.

Pada Isnin, MAHB mengeluarkan notis dalam ruangan iklan terklas akhbar The Star setelah gagal mengesan pemilik tiga pesawat komersial terbabit, walaupun mempunyai nombor pendafatarannya.

Air Atlanta Icelandic, MAHB, KLIA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain