suria

Najib Rasmi Perhimpunan Agung Umno 2015

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2015 bermula Khamis dengan majlis perasmian oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Majlis dimulakan dengan upacara perbarisan dan menaikkan bendera Umno di Dataran Putra pada pukul 9 pagi, diikuti dengan penyampaian ucapan dasar oleh Najib, yang juga Perdana Menteri di hadapan 2,762 perwakilan.

Perhimpunan agung kali ini berlangsung selama lima hari bermula Selasa.

Sebanyak 5,738 perwakilan terdiri daripada 2,762 perwakilan perhimpunan agung Umno serta 993 perwakilan Wanita, 992 (Pemuda) dan 991 (Puteri) menghadiri persidangan kali ini. 

Satu jamuan makan sempena perhimpunan itu akan diadakan di Dewan Tun Razak I pada pukul 8.30 malam ini. -- Bernama


Umno, PWTC, Perdana Menteri

Artikel Berikut

Sejam Sempurnakan Tawaf Haji

Artikel Lain