suria

MIC Tidak Diurus Dua Puak

S.K. Devamany.

KUALA LUMPUR: Kumpulan dalam MIC yang berpihak kepada bekas presiden, Datuk Seri G. Palanivel telah dipelawa untuk bekerjasama dengan puak lain untuk menyatukan kembali parti.

Timbalan presiden MIC, Datuk Seri S.K. Devamany berkata, jemputan itu dipanjangkan kepada A.K. Ramalingam yang dilantik sebagai setiausaha agung bagi kem Palanivel.

"Hal ini mudah. Kita mahu membawa seluruh parti ini bersama-sama, dan kita minta Ramalingdam mempermudahkan proses itu.

"Saya faham mereka bimbang mengenai butiran tertentu yang mungkin tidak tetapi, jadi saya beritahu mereka untuk bekerjasama dengan kita dan memperbaiki sebarang kelemahan," katanya ketika dihubungi The Star pada Khamis.

Terdahulu, para penyokong menyerbu ibu pejabat MIC di Jalan Rahmat, dengan mendakwa mereka mempunyai hak pentabiran untuk menjalankan operasi ibu pejabat.

Kata sepakat akhirnya dicapai selepas perbincangan antara kedua-dua puak selama lima jam.

Devamany turut menafikan laporan bahawa ibu pejabat akan dikendalikan oleh dua pentadbiran berbeza, yang diuruskan oleh dua puak untuk cawangan yang berpihak Palanivel dan presiden sekarang yang dipegang oleh Datuk Seri Dr S. Subramaniam.  

"Hasrat kita adalah baik, jadi beliau (Ramalingam) boleh mendapatkan penjelasan mengenai kebimbangan berbangkit dengan setiausaha agung kami, A. Sakthivel.

"Tidak ada dua proses pentadbiran kerana ia akan bermaksud dua entiti yang berbeza, dan MIC merupakan satu entiti tunggal. Hakikatnya ialah kita mahu menyaukan semula semua anggota parti," tambahnya.  

MIC

Artikel Berikut

Artikel Lain