PETALING JAYA: Semua urusniaga Jabatan Perkhidmatan Jalan (JPJ) akan ditutup selama lima hari bermula pada 23 Disember ini. Dalam satu notis di laman web jabatan itu, JPJ berkata penutupan itu dilakukan bagi menjalankan kerja-kerja naik taraf sistem pada pukul 10 malam, 23 Disember hingga 7 malam, 27 Disember ini. "Semasa aktiviti tersebut semua urusniaga JPJ sama ada di kaunter JPJ, kaunter POS, kiosk JPJ, kiosk MYEG, UTC serta urusniaga atas talian oleh orang awam atau syarikat atau rakan niaga JPJ akan ditutup," demikian menurut kenyataan itu. Berikutan itu, JPJ memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku sepanjang tempoh tersebut.