Peguam New Sin Yew yang mewakili Arutchelvan, 48, memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Sesyen Amernudin Ahmad pihaknya akan menghantar surat itu sebelum 26 Januari depan.
Mahkamah menetapkan tarikh tersebut untuk pengurusan kes bagi mengetahui perkembangan representasi itu.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Aznika Mohd Anas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Dia juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan alternatif iaitu menggunakan perkhidmatan aplikasi internet dan secara sedar membuat dan memulakan pernyataan yang bersifat jelik di laman sosial Facebook dengan niat menyakitkan hati orang lain.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat, waktu dan hari sama mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang membawa denda sehingga RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.