Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.25 petang.
"Kami tiba di sana kira-kira tujuh minit selepas menerima panggilan.
"Sepasukan anggota bomba dari balai bomba Selayang, Rawang dan Gombak berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh beberapa minit," katanya.
Tiada kematian dilaporkan.