suria

Rogol, Liwat: Bekas Ketua Unit D7 Dipenjara 100 Tahun

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Unit Anti Maksiat, Perjudian dan Gangsterisme (D7) Ibu Pejabat Polis (IPK) Sabah menghadapi hukuman penjara berjumlah 100 tahun dengan 15 sebatan kerana merogol dan meliwat seorang gadis berusia 13 tahun.

Deputi Supritendan Rohaizat Abd Ani, 56, bapa kepada dua anak, didapati bersalah atas empat pertuduhan rogol dan satu liwat antara Februari dan Mei 2012.

Hakim Mahkamah Sesyen, Ainul Shahrin Mohamad memerintahkan hukuman maksimum 20 tahun penjara bagi setiap pertuduhan.

Rohaizat didapati bersalah atas tuduhan merogol dan meliwat mangsa antara pukul 4.30 petang dan 5.30 petang di sebuah bilik di Hotel Tang Dynasty di sini pada 1 Februari 2012.

Pada keesokan harinya, dia kemudian merogol semula gadis tersebut antara pukul 12.30 tengah hari dan 1.30 petang di bilik lain hotel yang sama.

Berita selanjutnya menyusul.

rogol, liwat, penjara

Artikel Lain