suria

Gaduh Kota Raya: Pekerja Parkir Dipenjara Empat Hari

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja tempat letak kenderaan dihukum penjara empat hari dan denda RM1,800 kerana terlibat dalam pergaduhan di Kompleks Kota Raya di sini, Ahad.

Majistret Saifulakmal Said menjatuhi hukuman itu terhadap Khairuddin Arbi@ Omar selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan ke atasnya pada Rabu.

Majistret terlibat juga memerintah Khairuddin menjalani hukuman penjara dua bulan jika gagal membayar denda.

Khairuddin didakwa mengugut pekerja premis di kompleks berkenaan, Chiaw Wai Kit, Lim Wai Hong, Wong Weng Kong, Liew Wai Chung dan Yong Haw Nam untuk memecah masuk ke kedai.

Kesalahan itu dilakukan di aras bawah kompleks membeli belah itu pada kira-kira pukul 5 petang pada 21 Disember lalu.

Artikel Lain