Pengarah Eksekutif Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaraan DBKL Datuk Tan Keng Chok berkata maklumat palsu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab itu, mengelirukan orang ramai.
"Hasil tinjauan pegawai kami di sekitar Jalan Raja Laut dan kawasan berhampiran selepas menerima maklumat berkenaan, mendapati tidak berlaku kejadian paip kumbahan pecah," katanya kepada Bernama ketika dihubungi, Jumaat.
Tan berkata gambar yang diviralkan itu berkemungkinan adalah gambar daripada insiden paip Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang bocor di Jalan Raja Laut pada 22 Disember lepas, yang telah dibaik pulih.
Oleh yang demikian, beliau menggesa orang ramai menghentikan penyebaran maklumat palsu itu.