suria

Kerajaan Mohon Batal Saman Difailkan Lima Sekeluarga Penumpang MH370

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia dan tiga pihak lagi memfailkan permohonan bagi membatalkan saman difailkan lima sekeluarga yang menuntut ganti rugi berhubung kematian tiga anggota keluarga mereka yang merupakan penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac tahun lepas.

Perkara itu dimaklumkan peguam Sangeet Kaur Deo ketika ditemui pemberita selepas pengurusan kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab pada Isnin.

Sangeet, yang mewakili dua anak pasangan suami isteri yang terkorban dalam penerbangan itu, berkata mahkamah menetapkan 28 Januari depan untuk pengurusan kes.

Prosiding di dalam kamar itu turut dihadiri Peguam Persekutuan Shaiful Nizam Shahrin mewakili kerajaan Malaysia.

Keempat-empat defendan dalam kes saman berkenaan iaitu kerajaan, Malaysia Airlines Berhad (MAB), Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu pada 23 Disember lepas.

saman, MH370

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain