suria

Dua Ditemui Mati Dengan 30 Kesan Tikaman

KUALA LUMPUR: Dua lelaki warga Myanmar ditemui mati dengan kesan tikaman di seluruh badan mereka di Bandar Menjalara, Kepong, di sini, Selasa.

Mayat Kumar, 34, dan Saw, 42, yang masing-masing mempunyai 12 dan 18 kesan tikaman, ditemui pada kira-kira 6.30 pagi.

Ketika mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Sentul R.Munusamy berkata pihaknya tidak menemui senjata di tempat mayat itu ditemui.

"Mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

"Kami juga sedang meneliti rakaman litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan," katanya di sini, Selasa. - BERNAMA

warga Myanmar, maut

Artikel Lain