suria

Peranti Pengangkutan Berkuasa Bateri Litium Dilarang Dalam Penerbangan AirAsia, AirAsia X

KUALA LUMPUR: Semua peranti pengangkutan peribadi berkuasa bateri litium dilarang didaftar masuk dan dibawa ke dalam semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X berkuasa pada Rabu.

Peranti itu termasuk 'hoverboard', 'Segway', segway mini, skuter elektronik, 'solowheel', 'airwheel', 'balance wheel' dan peralatan yang serupa denganya.

"Dalam keadaan tertentu, membawa kerusi roda atau peranti mobiliti yang beroperasi menggunakan bateri mungkin diterima, tertakluk kepada pengasingan bateri oleh penumpang.

"Berat maksimum yang dibenarkan bagi kerusi roda dan peranti mobiliti adalah 85 kilogram," demikian menurut AirAsia dalam satu kenyataan.

Penumpang yang membawa peralatan yang beroperasi menggunakan bateri digalakkan agar merujuk kepada garis panduan AirAsia yang boleh didapati di www.airasia.com/ask. - Bernama

Artikel Lain