KUALA LUMPUR: Perkhidmatan kaunter Jabatan Imigresen di seluruh negara kecuali Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor akan ditutup selama tiga hari bermula Jumaat. Jabatan itu dalam satu kenyataan berkata, penutupan adalah bersempena cuti umum Tahun Baru 2016. Bagaimanapun penutupan tidak melibatkan Kaunter Jabatan Imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC). Pejabat Imigresen Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor pula hanya ditutup Jumaat dan Sabtu, kata kenyataan itu. - BERNAMA