Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata DAP seharusnya mengambil tindakan undang-undang terhadap orang yang membuat dakwaan itu sekiranya ia tidak benar kerana tuduhan itu adalah serius.
"Tindakan berdiam diri akan menyebabkan masyarakat beranggapan dakwaan berkenaan adalah benar," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci Projek Surau Sekolah Kebangsaan Kepala Batas, di sini Selasa.
Pada 2 Januari lepas, sebuah portal berita melaporkan pemimpin DAP yang juga Anggota Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang berkata beliau akan mengemukakan saman terhadap 'seorang pemimpin kanan politik' yang mendakwa kononnya DAP ditawarkan RM1.2 bilion dan sebagai imbalannya membina sebuah pangkalan tentera Israel di negara ini sekiranya memenangi PRU13.