suria

Angie Dapat Sesuaikan Diri Dengan Persekitaran Baharu

Angie Tiong
JOHOR BAHRU: Anak kecil yang didakwa diculik, Angie Tiong, sudah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu di sebuah rumah perlindungan kanak-kanak di sini.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Manayi Ibrahim berkata, Angie dilihat dapat menyesuaikan diri dengan baik di rumah itu.

Rumah ini menempatkan 29 kanak-kanak lain yang berusia antara sebulan dan 11 tahun.

"Walaupun ada sedikit halangan bahasa, kerana Angie hanya bertutur dalam bahasa Mandarin, dia telah bertindak balas dengan baik dan bermain dengan kanak-kanak lain.

"Mereka sangat sukakannya," katanya kepada The Star ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Manayi berkata persekitaran rumah itu adalah sama dengan sebuah tadika di mana aktiviti untuk kanak-kanak dijalankan setiap hari.

Beliau bagaimanapun berkata, sama ada keluarga kandung Angie mahupun ibu bapa angkatnya, masing-masing belum pernah datang melihatnya sejak dia telah diletakkan di bawah jagaan jabatan itu pada Isnin.


"Tiada siapa yang datang berjumpa dengannya. Mungkin mereka tidak tahu bagaimana untuk membuat permohonan untuk melawat," katanya.

Katanya, ahli-ahli keluarga yang ingin melawat Angie boleh menghubungi pegawai perlindungan kanak-kanak yang bertanggungjawab bagi kes ini di talian 07-2232606 atau 07-2232607.
JKM, Angie Tiong, Manayi Ibrahim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain