suria

Bilik Pendaftaran Fail IPK Sabah Terbakar

- Gambar hiasan
KOTA KINABALU: Bilik pendaftaran fail Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah musnah dalam satu kejadian kebakaran tengah hari tadi, kata Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah.

Menurut satu kenyataan pusat gerakan itu, keseluruhan bilik yang terletak di Tingkat 4, Blok A, IPK Sabah hangus dalam kebakaran itu.

Pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 1.51 tengah hari sebelum menghantar dua jentera bomba dengan kekuatan 23 anggota yang tiba di lokasi lapan minit kemudian, menurut kenyataan itu.

Kebakaran itu dapat dikawal pada pukul 2.09 petang dan dipadamkan sepenuhnya 25 minit kemudian.

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan