suria

El Nino Dijangka Jejas Hasil Tanaman, Pengeluaran Makanan

- Gambar hiasan
PETALING JAYA: Panas terik El Nino dijangka akan menjejaskan pengeluaran makanan tempatan, dengan petani padi di bahagian utara mengeluh mengenai hasil tuaian mereka mungkin akan berkurangan sebanyak 50 peratus.

Penanam sayur di kawasan tanah rendah, terutama Johor juga telah diberi amaran untuk mencari sumber air alternatif yang dijangkakan akan melihat pengurangan hujan sebanyak 20 hingga 60 peratus.

Di Alor Setar, seorang petani di Kampung Suka Menanti yang hanya mahu dikenali sebagai Din, 40, berkata panas terik pada masa kini adalah yang paling teruk sejak 25 tahun dia bertani, sambil menambah keadaan itu diburukkan lagi dengan bekalan air yang kurang baik.

Din, yang mendakwa dirinya sebagai antara beratus-ratus petani yang terjejas berkata paras air di sungai telah merosot dari 2.5 meter kepada 1.8 meter baru-baru ini.

"Kami bimbang mengenai hasil tuaian masa depan, terutamanya disebabkan oleh musim panas ini yang dijangka berterusan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

"Sistem pengairan membekalkan sawah padi dengan air dari sungai tetapi projek tebatan banjir baru-baru ini telah menghalang bekalan air dan hujan yang terhad tidak membantu.

"Kami merayu bantuan pihak berkuasa. Mereka menawarkan kaedah alternatif untuk menyalurkan air tetapi ia sudah terlambat kerana tanaman padi, yang ditanam pada akhir November, akan dituai lewat bulan ini atau awal Februari.

"Oleh kerana kekurangan air, padi telah layu dan kami menjangkakan hasil kali ini akan berkurang separuh," katanya ketika ditemubual, Ahad.

Hamzah Salleh, 62, yang menanam padi di Pantai Johor berkata tuaian mungkin lewat pada musim ini disebabkan oleh pengurangan hujan sejak November.

"Semasa musim biasa, padi boleh dituai selepas 90 hari tetapi cuaca panas yang boleh meregangkan pertumbuhan kepada sehingga empat bulan dan menjejaskan tuaian.

"Tahun lepas, hujan hanya turun semula pada bulan Mei dan kami takut perkara yang sama akan berlaku tahun ini," katanya.

tuai padi, hasil tanaman, El Nino

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain