PETALING JAYA: Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya adanya spesis labah-labah kuning yang hanya ditemui di beberapa kawasan di negara ini yang telah dinamakan sempena mendiang bintang rock terkenal, David Bowie. Labah-labah itu ditemui tujuh tahun lalu oleh Peter Jager dinamakan Heteropoda davidbowie, menurut laporan 2009 oleh akhbar British, The Telegraph. Serangga itu berbeza berbanding spesis labah-labah lain daripada segi saiz dan bulu kuningnya. Bowie dipilih sebagai penghormatan kepada sumbangannya terhadap muzik dunia, terutama menerusi album pada 1972, The Rise and Fall of Ziggy Stardust and the Spiders from Mars. Jager berkata, menamakan labah-labah sempena selebriti menarik perhatian ramai terutama spesis yang pupus kerana habitatnya yang dimusnahkan kerana kegiatan manusia. Bowie yang ketika era kegemilangannya dikenali ramai menerusi lagu seperti "Space Oddity", "Young Americans" dan "Let's Dance" meninggal dunia kerana kanser pada usia 69 tahun.