suria

Warga Emas Maut Dalam Kebakaran Di Ipoh

IPOH: Seorang warga emas maut dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Hoover, Pasir Pinji di sini awal pagi Khamis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Yahaya Madis berkata dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, wanita berkenaan Ho Moo Fong, 75, ditemui dalam keadaan terbaring di tepi rumahnya oleh anggota bomba.

"Mangsa dalam keadaan melecur teruk iaitu terbakar sebanyak 40 peratus," katanya.

Beliau berkata wanita itu difahamkan tinggal bersendirian di rumah setingkat separuh kayu berkenaan.

Punca kebakaran sedang dikenal pasti.


kebakaran, warga emas, Yahaya Madis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain