suria

Tiada Kenaikan GST - Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempengerusikan mesyuarat bersama peneraju industri di Bangunan Perdana Putra, Jumaat. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar (di sebelahnya).

PUTRAJAYA: Kenaikan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak akan berlaku kerana kerajaan sedang mengambil langkah untuk mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi berikutan penurunan harga minyak, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, perkara itu tidak diambil kira kerana kerajaan menganggap rakyat tidak dapat menanggung sebarang kenaikkan kerana ia akan menambah beban mereka.

"Kami tidak melihat untuk menaikkan GST. Saya tidak fikir rakyat boleh terima tanggung kenaikan GST.

"Ia tidak ada dalam perancangan," katanya pada sidang media pada Jumaat.

Najib yang juga Menteri Kewangan ditanya sama ada kerajaan akan mempertimbangkan untuk meningkatkan kadar GST bagi mengekalkan pendapatan negara jika harga minyak merudum.

Terdahulu beliau mengadakan pertemuan dengan peneraju industri, pakar ekonomi dan penganalisa bagi mendapatkan pandangan serta maklum balas sebelum mengubahsuai Bajet 2016.

Najib akan membentangkan pengubahsuaian belanjawan negara itu pada 28 Januari.

GST, Perdana Menteri, minyak, Bajet 2016

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain