PUTRAJAYA: Keselamatan di pintu masuk utama seperti lapangan terbang, stesen kereta api dan pelabuhan di Malaysia dipertingkatkan sebagai langkah pencegahan terhadap serangan pengganas, kata Datuk Seri Liow Tiong Lai. Menteri Pengangkutan berkata, Malaysia telah pun memperketatkan kawalan keselamatan pada 2015 apabila risikan mendedahkan kemungkinan rancangan serangan di Jalan Alor, Kuala Lumpur. "Lapangan terbang dan stesen kereta api adalah tempat-tempat awam dan kita perlu memberikan perhatian terhadap tempat-tempat ini. "Kita telah memasang lebih banyak kelengkapan dan anggota untuk pengawasan dan akan terus memperkukuhkan keselamatan," katanya pada sidang media di sini, Isnin.