Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman SAC Mahamad Akhir Darus berkata sistem pengimbas ANPR itu akan dipasang pada kereta peronda polis.
"Melalui alat pengimbas ini mereka boleh dikenakan tindakan saman serta-merta di mana alat berkenaan mampu mengesan pesalah trafik melalui nombor plat pendaftaran kenderaan mereka dan terus masuk ke dalam sistem saman polis trafik.
"Pengimbas ANPR menggunakan teknologi Amerika Syarikat bakal digunakan secara meluas di seluruh negara dalam masa terdekat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, Selasa.
Dalam perkembangan lain, ditanya sama ada orang awam dibenarkan untuk menjalankan aktiviti marsyal bagi mengawal lalu lintas semasa mengiring kenderaan lain, misalnya rombongan bermotosikal, Mahamad berkata kegiatan itu tidak dibenarkan sama sekali dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.