suria

Modal RM500 Anda Boleh Jadi 'Polis'

PETALING JAYA: Ia tidak menelan kos yang terlalu tinggi untuk menjadi anggota polis pengiring.

Malah ia juga tidak terlalu sukar untuk menyamar dengan pakaian rasmi pasukan keselamatan itu.

Selain itu jika anda mempunyai Honda putih CBX 750 atau Honda VFR 800 ataupun Honda ST 1300 sperti yang digunakan oleh pasukan polis, maka anda hanya memerlukan kira-kira RM2,000 lagi untuk kelihatan seperti mereka.

Jumlah itu membolehkan anda mendapatkan jaket polis pengiring, topi keledar, but penunggang motosikal serta siren.

Aksesori lain seperti jaket dan cota terlalu mudah untuk diperolehi sama ada di kedai menjual pakaian seragam dan kedai jahitan.

Dua kes anggota polis trafik palsu mungkin melengkapkan diri mereka dengan cara ini apabila mereka menyamar sebagai pengiring yang mengiringi 'konvoi VIP' kenderaan minggu lalu.

Pakai anggota polis yang dijual secara terbuka.

Beberapa kedai yang dikunjungi The Star di sini dan di Kuala Lumpur mendedahkan bahawa pelanggan yang datang tidak perlu untuk menunjukkan kad perakuan polis untuk membeli pakaian dan kelengkapan yang dianggap eksklusif untuk pasukan itu.

Pemeriksaan juga mendapati terdapat peniaga begitu gembira untuk mengambil pesanan bagi pembelian lampu strob.

Aktiviti penjualan pakaian seragam dan peralatan polis dengan terlalu mudah dibimbangi akan disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Namun jika anda meragui tentang kesahihan seseorang anggota polis, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa menasihatkan orang ramai untuk meminta kad kuasanya.

"Semua orang mempunyai hak untuk meminta seorang anggota polis menunjukkan kad kuasanya. Hubungi kami segera jika anda gagal mendapatkannya," katanya.


Beliau berkata, jika seorang anggota polis enggan mengemukakan kad kuasanya, orang ramai perlu mencatatkan nombor lencana, nama atau nombor plat kenderaan yang dinaiki dan menghubungi balai polis.

Bukit Aman juga menyeru supaya undang-undang baru digubal untuk mengharamkan penjualan lampu strob kepada orang awam.

Ketua Trafik PDRM, Senior Asisten Komisioner Mahamad Akhir Darus berkata beliau telah mengadakan perbincangan dengan ketua-ketua trafik negeri bagi membincangkan mengenai perkara ini.

"Pada masa ini tidak ada undang-undang untuk menghalang orang awam daripada membeli lampu strob walaupun terdapat peraturan terhadap penggunaan alat-alat ini," katanya.

Katanya agensi yang dibenarkan menggunakan lampu strob pada kenderaan mereka adalah polis, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Penjara dan ambulans.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain