suria

Penghakiman Kes Liwat II Anwar Perlu Dijelas Kepada Rakyat - Shafee

Muhammad Shafee Abdullah
KUALA LUMPUR: Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi pada Rabu bahawa penghakiman kes liwat II, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan perlu dijelaskan kepada orang ramai bagi mengelakkan salah faham.

Muhammad Shafee, yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya dalam kes tersebut, berkata oleh kerana kes itu melibatkan kepentingan awam maka penghakiman itu perlu dijelaskan dengan betul supaya kebenaran dapat diketahui.

Menurutnya tindakan itu dilakukan ekoran cubaan pihak-pihak tertentu untuk mempolitik dan meracuni pemikiran rakyat berhubung keputusan itu dan akhirnya mempersoalkan kredibiliti dan kebebasan badan kehakiman.

"Ia adalah demi kepentingan keadilan bahawa kebebasan dan integriti badan kehakiman perlu ditegakkan," katanya dalam kenyataan saksi yang dikemukakan kepada mahkamah.

Muhammad Shafee, 63, memberi keterangan demikian dalam saman fitnahnya terhadap Majlis Peguam, peguam Tommy Thomas, bekas hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri V.C. George dan bekas presiden Majlis Peguam, Christopher Leong.

Artikel Lain