suria

Imigresen Kedah Kepong Terminal Bas

Gambar hiasan pemeriksaan polis di Shahab Perdana.

ALOR SETAR: Jabatan Imigresen Kedah menahan 11 pendatang asing tanpa izin pelbagai warganegara dalam Ops Sapu yang dijalankan di Terminal Bas Shahab Perdana di sini, Jumaat.

Pengarah Imigresen Kedah, Mohamad Yusri Hashim berkata menerusi operasi yang dijalankan pada 11 pagi itu, pihaknya menjalankan pemeriksaan ke atas 13 warga asing yang sedang menunggu bas dan teksi di terminal berkenaan.

"Hasil pemeriksaan, tujuh lelaki warga Myanmar, dua warga Bangladesh dan masing-masing seorang lelaki dan wanita warga Indonesia berumur antara 20 hingga 38 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan," katanya dalam kenyataan.

Mohamad Yusri berkata semua yang ditahan ditempatkan di lokap Imigresen, Alor Setar untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserah ke Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik.

Imigresen, Shahab Perdana

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain