suria

Tarikh Akhir Serah Simpan Penyata Syarikat Pada 7 &10 Feb Ini

SHAH ALAM: Syarikat-syarikat dengan tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 digesa menyerah simpan penyata tahunan dan kewangan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 7 dan 10 Februari ini.

Tarikh akhir untuk menyerah simpan dokumen berkenaan adalah pada Ahad 7 Februari, 2016 bagi negeri dengan cuti hujung minggu Jumaat dan Sabtu, manakala bagi negeri dengan cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad adalah pada Rabu 10 Feb, 2016 menurut SSM dalam satu kenyataan pada Ahad.

Kegagalan membuat serah simpan penyata tahunan dan kewangan adalah satu kesalahan dan sekiranya disabitkan, pengarah dan syarikat boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 165 dan 169 Akta Syarikat 1965, menurut kenyataan itu.-Bernama

SSM, Serah penyata kewangan

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan