suria

Buruh Ladang Didakwa Bunuh Bayi

TELUK INTAN: Seorang buruh ladang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh seorang bayi perempuan berusia satu tahun lima bulan, pertengahan bulan ini.

S. Gunalan, 33, didakwa membunuh J.R Jashikaraj, di sebuah rumah di Taman Desa Maju, Langkap, dekat sini, pada pukul 11.30 pagi, 15 Januari lepas.

Gunalan mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati dibacakan ke atasnya. 

Majistret Siti Hanum Mohmad Sah menetapkan 29 Mac depan untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia, perubatan dan hasil bedah siasat mangsa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Safiyatun Ahmadun, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.-- Bernama


buruh, Langkap, S.Gunalan

Artikel Berikut

Artikel Lain