GEORGE TOWN: Seorang pekerja sebuah kedai keranda dibunuh rakannya sendiri ketika sedang berehat. Mangsa, berusia 68 tahun yang dikenali sebagai Majim, sedang tidur di kedai itu di Carnarvon Street kira-kira pukul 1 pagi Jumaat apabila suspek yang berusia 41 tahun mendekatinya dan memukul kepalanya dengan tongkat besi. Majin telah bekerja di kedai itu selama hampir lapan tahun manakala suspek baru sahaja berkerja di situ kira-kira sebulan lalu. Difahamkan, mereka agak kerap bergaduh dan Majim juga sering mengusik suspek sebelum ini. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan kejadian itu dan berkata suspek telah ditangkap. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.