suria

Annuar Musa Dilantik Ketua Penerangan Umno

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada Jumaat melantik Ketua Umno Bahagian Ketereh, Kelantan, Tan Sri Annuar Musa sebagai Ketua Penerangan Umno yang baru bagi menggantikan Datuk Ahmad Maslan yang diberikan mandat sebagai Pengerusi Biro IT parti tersebut.

Selain itu, Ahmad turut dilantik sebagai ahli MT bagi mengisi kekosongan jawatan yang sebelum ini pernah ditawarkan kepada Ustaz Datuk Kazim Elias.

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim pula dilantik sebagai Pengerusi Biro Daftar Pemilih dan Keanggotaan parti manakala Datuk Johari Abdul Ghani (Ahli Parlimen Titiwangsa) sebagai Pengerusi Biro Ekonomi.

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Ahli Parlimen Kepala Batas) pula menjadi Pengerusi Biro Pelajar Luar Negara Umno manakala ahli Parlimen Muar, Datuk Mohd Razali Ibrahim diberi tanggungjawab menerajui Biro Institusi Pengajian Tinggi Swasta manakala Datuk Shamsul Anuar Nasarah (Ahli Parlimen Lenggong) pula menjadi Pengerusi Biro Kebajikan.

Berikut merupakan pelantikan baru dalam Majlis Tertinggi Umno:

Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih:

Penyandang - Datuk Seri Shafie Apdal

Pengganti - Datuk Seri Azeez Rahim 


Pengerusi Biro Kebajikan:

Penyandang - Datuk Seri Azeez Rahim

Pengganti - Datuk Samsul Anuar Nasarah


Pengerusi Biro IPTS ( biro baru):

Datuk Razali Ibrahim


Pengerusi Biro Pelajar Luar Negara:

Datuk Sri Reezal Merican Naina Merican


Pengerusi Biro Ekonomi Umno:

Datuk Johari Ghani 



Umno, Ahmad Maslan

Artikel Lain