suria

BN Perlu Menang Besar PRN Sarawak - PM

BINTULU: Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak yang akan datang adalah penting kepada parti itu di peringkat nasional, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bercakap di hadapan lebih 30,000 orang ramai di Dewan Suarah Bintulu semasa lawatan kerjanya pada Ahad, Perdana Menteri berkata kejayaan BN di Sarawak akan meningkatkan semangat parti itu di seluruh negara.

"Sarawak adalah sangat penting kepada negara ini. Ia adalah negeri paling besar dengan bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen. Ia juga menjadi penyumbang besar kepada ekonomi negara.

"Oleh itu, kami di Putrajaya mahu melihat BN menang besar di Sarawak kerana itu akan menaikkan semangat di peringkat kebangsaan," katanya pada majlis pemimpin bersama rakyat di sini.

Najib berkata kerajaan persekutuan sentiasa meletakkan keutamaan dalam hubungannya dengan kerajaan negeri Sarawak.

"Sebab itu adalah penting Putrajaya dan Petrajaya mempunyai hubungan yang kukuh.

"Putrajaya memberikan banyak perhatian ke atas Sarawak seperti yang dapat dilihat dari berbilion-bilion yang diperuntukan kita berbelanja bagi negeri ini.

"Selain daripada RM16 bilion yang kita beri untuk membina semula Lebuhraya Pan Borneo, kami juga sedang membaik pulih 170 buah sekolah usang, dan membina jambatan baru," katanya.

Najib Tun Razak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain