suria

Polis Buru Lelaki Lari Dari Lokap Kangar

KANGAR: Seorang individu yang melarikan diri semasa disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar semalam atas tuduhan mencuri sedang diburu.

Lelaki itu yang dikenali sebagai V. Baskaran, 39, dari Pokok Sena, Kedah dilapor melarikan diri kira-kira 12.15 tengah hari semasa disoal siasat oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Kangar.

Dia yang didakwa mencuri dalam sebuah bangunan di Kangar tiga hari lepas  dikatakan meminta anggota polis untuk membawanya ke bilik air.

Menurut sumber polis, sebaik tiba di tandas, lelaki itu menolak anggota polis tersebut sehingga terjatuh sebelum dia melarikan diri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, DSP Zaini Talib mengesahkan kejadian itu dan berkata tangan lelaki itu masih bergari semasa melarikan diri ke kawasan bandar Kangar dengan berpakaian lokap.

Gerakan memburunya sedang dipergiatkan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu diminta menghubungi IPD Kangar di talian 04-9082222 atau mana-mana balai polis.

Kangar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain