suria

Mukhriz Tak Hadir Pertemuan Jemaah Pemangku Sultan Kedah-Adun

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak akan menghadiri pertemuan Jemaah Pemangku Sultan Kedah dengan 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Kota Darul Aman pada Isnin.

Mukhriz yang juga Adun Ayer Hitam berkata, beliau dimaklumkan perjumpaan itu hanya melibatkan Exco Negeri dan wakil rakyat negeri berkenaan.

"Mungkin Jemaah Pemangku Sultan Kedah ada beberapa soalan untuk tahu pendirian sebenar setiap Adun sama ada ia seperti mana yang dilaporkan pihak media.

"Jika saya berada di bangunan sama pun, saya akan terus ke pejabat," katanya kepada pihak media ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini, Ahad.

Artikel Lain