suria

Harimau Dilanggar Bukan Terlepas Dari Zoo

KEMAMAN: Jabatan Perhilitan Terengganu mengesahkan harimau belang yang dilanggar di kilometer 321.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di sini, awal pagi semalam adalah haiwan liar dan bukannya terlepas dari zoo berdekatan.

Pengarah Perhilitan Terengganu Mohd Hasdi Husin berkata berdasarkan bedah siasat terhadap harimau betina yang sedang bunting itu, mendapati ia mati akibat kecederaan parah di kepala selepas dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

"Harimau berkenaan adalah haiwan liar dan bukannya terlepas dari mana-mana zoo (zoo kemaman)," katanya pada Ahad.

Beliau berkata siasatan lanjut untuk mengetahui mengenai latar belakang dan habitat harimau seberat kira-kira 100 kilogram itu akan dijalankan oleh Jabatan veterinar dalam masa terdekat.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, harimau betina berkenaan cuba melintasi lebuh raya sebelum dilanggar sebuah MPV yang datang dari arah kuala lumpur menghala ke Kuala Terengganu.

LPT 2, Harimau Belang

Artikel Berikut

Duta Arab Saudi Puji Malaysia

Artikel Lain