Ketua Zon 1 Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh Ruhisha Haris berkata wanita itu ditemui pada pukul 4.14 pagi kira-kira 1.5 kilometer dari tempat terakhir beliau dilihat.
"Wanita itu ditemui di tepi anak sungai di bawah cerun dalam keadaan lemah dan kelaparan, tetapi tidak cedera," katanya kepada Bernama di sini Selasa.
Katanya wanita itu dibawa turun ke kaki bukit oleh anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) sebelum dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun oleh Pasukan Menyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS).
Wanita itu dilapor hilang sejak pukul 7 pagi Isnin semasa beliau dan suami mendaki Bukit Kledang dalam keadaan berasingan untuk sampai ke puncak.