suria

Warga Emas Maut Dilanggar Bas Ekspres Ketika Ke Masjid

SETIU: Seorang warga emas maut dilanggar bas ekspress ketika sedang menunggang basikal di atas Jambatan Kampung Sungai Lerek di kilometer 53, Jalan Kuala Terengganu ke Kota Baharu, di sini pukul 5.50 pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Setiu DSP Elias Abu Bakar berkata mangsa Mat Daud Awang Ahmad, 84, dari Kampung Sungai Pinang, Chalok maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Katanya pemandu bas Abdul Malik Ember, 64, yang berasal dari Teluk Ketapang, Kuala Terengganu dan penumpang bas ekspress itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mangsa difahamkan sedang menunggang basikal seorang diri untuk ke masjid tidak jauh dari tempat kejadian untuk sembahyang subuh," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Setiu di Bandar Permaisuri untuk bedah siasat sebelum dituntut warisnya untuk dikebumikan. - BERNAMA

warga emas, maut, kemalangan, bas ekspres

Artikel Sebelum

Artikel Lain