SUNNYLANDS (California): Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin Asia Tenggara menghadiri hari terakhir Sidang Kemuncak As-Asean yang dihoskan Presiden Barack Obama pada Rabu. Pada perhimpunan itu, 10 pemimpin negara anggota ASEAN dan Obama memberi tumpuan kepada usaha melindungi keamanan, kemakmuran dan keselamatan di rantau Asia Pasifik. Perbincangan mereka termasuk dalam soal memerangi keganasan, cabaran rentasnegara dan isu Laut China Selatan. Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menyertai Najib dalam perbincangan itu. Asean terdiri daripada Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar,Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.-Bernama