suria

MTUC Serah Memorandum Bantahan Pengambilan 1.5 Juta Pekerja Bangladesh

Gambar hiasan.

PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pada Khamis menghantar memorandum bantahan kepada kerajaan berhubung langkah untuk membawa masuk 1.5 pekerja dari Bangladesh yang akan dilaksanakan dalam tempoh tiga hingga lima tahun.

Memorandum berkenaan diserahkan kepada Setiausaha Bahagian Dasar Kementerian Sumber Manusia Kua Abun oleh Setiausaha Agung MTUC N.Gopal Krishnam di kementerian berkenaan di sini.

Memorandum tersebut antara lain meminta kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja Siasatan Pekerja Asing dan membatalkan pengambilan warga asing berkenaan demi kepentingan rakyat Malaysia.

"MTUC merasakan sekiranya kerajaan serius untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi maka kerajaan harus mengehadkan pengambilan pekerja asing.

"Negara tidak harus bergantung kepada sumber tenaga kerja dari negara asing. Keadaan ini sudah tentu akan memudaratkan ekonomi dan memberi kesan buruk kepada penduduk tempatan," menurut memorandum itu. - BERNAMA

MTUC, pekerja Bangladesh

Artikel Lain