"Persepsi bahawa 1.5 juta pekerja akan dibawa masuk dari Bangladesh untuk bekerja di Malaysia tidak benar," kata Menteri Sumber Manusia.
"Sebenarnya jumlah itu adalah, bilangan warga Bangladesh yang berdaftar dengan Kementerian Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh bagi tujuan mencari pekerjaan di negara-negara asing, termasuk Malaysia," katanya pada sidang akhbar di sini, Jumaat.
Beliau berkata warga Bangladesh telah mencari pekerjaan di 139 buah negara, termasuk Malaysia, Singapura, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.
Sehingga Disember tahun lepas, terdapat 2,135,035 pekerja asing yang sah di Malaysia, di mana 282,287 daripadanya adalah dari Bangladesh.
Riot berkata Memorandum Persefahaman yang ditandatangani di Dhaka pada Khamis adalah sama dengan apa yang kerajaan telah tandatangani oleh kerajaan sebelum ini dengan Indonesia, India, Thailand, Kemboja, Pakistan, Sri Lanka dan Vietnam.