PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa melawat Datuk Bung Moktar Radin di hospital pada Sabtu, sehari selepas kembali dari Amerika Syarikat. Ahli Parlimen Kinabatangan itu memuat naik gambar di laman Twitter ketika Najib melawatnya. "Walaupun masih penat selepas kembali dari lawatan ke USA, PM@NajibRazak masih meluangkan masa melawat saya di hospital," kata Bung di Twitternya. Gambar tersebut menunjukkan Najib bersama Bung yang memakai penutup mulut dan hidung duduk di bilik hospital. Najib tiba di negara pada Jumaat dari lawatan ke Amerika Syarikat bagi menghadiri US-Asean Summit di Sunnylands, California bersama pemimpin-pemimpin Asean yang lain. Bung kini dalam rawatan penyakit berkaitan dengan buah pinggang.