Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.10 petang dan kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Teluk Intan dan Hutan Melintang digegaskan ke tempat kejadian.
"Keempat-empat mangsa dari Kampung Gajah, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Hilux mengalami kecederaan.
"Pemandu Hilux telah dibawa ke hospital untuk rawatan," katanya.
Menurut jurucakap, dua mangsa telah terperangkap dalam bangkai kenderaan selepas kejadian.
Anggota penyelamat telah mengeluarkan mayat seorang mangsa wanita dan masih berusaha untuk mengeluarkan mayat mangsa lelaki yang lain.